Sayangnya kerana ditanam di dalam pasu ( tapi agak besar jugalah); batang tangkai bunganya mudah patah dan terkulai ke lantai simen.
Jadi, jarang2 sangat dapat mempamerkan deretan bunganya sekali gus.
Pokok Sepit Udang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heliconia rostrataPokok Sepit Udang atau nama santifiknya Heliconia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman. Bagaimanapun pokok ini akan merimbun dan agak menyemakkan sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Heliconia adalah genus kepada sekitar 100 hingga 200 spesies tumbuhan berbunga asal di Afrika tropika dan kepulauan Lautan Pasifik barat ke Indonesia. Ia adalah genus tunggal famili Heliconiacae, tetapi dahulunya dimasukkan di bawah famili Musaceae. Nama Inggeris genusnya termasuk Sepit Udang -
claw-lobster, plantain liar -wild plant dan burung cenderawasih palsu - false bird-of-paradise, yang terakhir disebabkan rupanya yang menyerupai bunga burung cenderawasih (Strelitzia). Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik, tetapi tidak mempunyai bau.
Daunnya sepanjang 15-300 cm, lonjong, tumbuh berlawanan pada batang tidak berkayu yang biasanya lebih panjang berbanding daunnya, seringkali membentuk rimbunan apabila tua. Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung. Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan, panas dan lembab.
Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada kelicap hutan, terutamanya (hermit (hummingbird)) dan sesetengah daripadanya, seperti Rufous-breasted Hermit, turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.
No comments:
Post a Comment